SALAM SYAWAL :)

Assalamu’alaikum W.B.T
Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi , kita umat Islam kat Malaysia ni dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal 1431H yang dijangka jatuh pada 19 Ogos 2012 (Ahad ). Oleh itu, nana mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang kebetulan membaca entri yang nana tulis ini.
Nana juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kawan-kawan yang dok selalu usya blog syok sendiri nana ini dan semua yang pernah membaca entri-entri kat blog ni . Manalah tahu ada entri yang aku tulis kat blog ni telah menyinggung perasaan dan menyakiti hati anda secara sedar atau tanpa sedar, secara langsung ataupun tidak langsung. Harap dimaafkan yer dan jangan disimpan di dalam hati :)
Kepada yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang bawak kenderaan sendiri , pandu elok-elok. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke perantauan dan in advance, selamat kembali juga nanti . InsyaAllah. Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira.
P/s: Kalau ada duit raya lebih tu, hulur-hulur lah kat sini yer , Hihi :)